۩۞۩ بسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم ۩۞۩

Saturday 6 April 2013

'IBRAH disebalik SALJI Yg MENDAMAIKAN: حضور مؤثر


Salji itu enak buat mata yg memandang, indah ciptaannya,
damai buat hati yg menghayati,

Salji itu lembut tatkala menyapa,
cair apabila disentuh..
kehadirannya dirasai,
sejuknya menyusuk, namun bukan penghalang untuk disentuh..

setiap salji itu unik,
lembut,
namun apabila dihimpun menjadi binaan yg padat,
malah boleh menjadi pelindung dari sejuk yang menerpa..


begitulah seorang muslim,
dirinya enak dipandang,
akhlaknya indah,
kata-katanya kemas, lembut menyentuh kalbu,
hatinya cair apabila disapa bait-bait Tuhannya...

seorang muslim itu,
kehadirannya dirasai, malah dinanti,
auranya menyelubungi membentuk peribadi,
apabila dihimpun menjadi binaan yg kukuh,
biarpun berbeza namun tetap menguatkan,
memberi pelindung dan sinar kepada ummah yg kian lesu...



Mari hayati bait-bait kata Saidina Ali:
“Jadilah kamu orang yang BAIK, bila ada DISUKAI, bila tiada DIRINDUI, bila mati DITANGISI..
Jangan jadi orang yang JAHAT, bila ada orang MELUAT, bila tiada DISUKAI, bila mati DISYUKURI”

Friday 10 August 2012

Apakah itu Muwasafat Tarbiyah?


DEFINISI : Muwasafat Tarbiyah adalah kriteria yang perlu ditanamkan dalam diri untuk menjana keperibadian Muslim yang syumul.

1) Aqidah Sejahtera (Salim-ul Aqidah)

  • Tidak menjampi kecuali dengan al-Quran yang ma’thur
  • Tidak berhubung dengan Jin
  • Tidak meminta bantuan dari orang yang meminta bantuan jin
  • Tidak menenung nasib
  • Tidak mendekati tukang tilik
  • Tidak mengusap kubur
  • Tidak meminta bantuan dari simati
  • Tidak bersumpah dengan selain Allah
  • Tidak mempercayai adanya sial
  • Mengikhlaskan amal kerana Allah
  • Mengimani rukun-rukun Iman
  • Mensyukuri Allah swt ketika menerima nikmat
  • Sentiasa sedar Syaitan adalah musuh
  • Menerima sepenuhnya dari Allah dan menolak sesuatu yang diturunkan selain Allah swt

2) Ibadah Yang Sahih (Shahih-ul 'Ibadah)

"1O Muwassaffat Tarbiyah"
  • Tidak menolak untuk melaungkan azan
  • Bersuci dengan sempurna
  • Sangat menghargai solat berjemaah
  • Sangat suka berjemaah di masjid
  • Memperbaiki mutu solat
  • Qiamullail seminggu sekali
  • Menunaikan zakat
  • Berpuasa wajib
  • Berpuasa sunat sehari setiap bulan
  • Ada niat untuk menunaikan haji
  • Beriltizam dengan adab-adab tilawah
  • Khusyuk ketka membaca al-Quran
  • Menghafaz 1 juzuk dari al-Quran
  • Berdoa pada waktu-waktu yang diutamakan
  • Mengakhiri harinya dengan taubat dan istighfar
  • Menjadikan setiap amalan mempunyai niat
  • Menjauhi dosa-dosa besar
  • Sentiasa membaca zikir pagi
  • Sentiasa membaca zikir petang
  • Mengingati Allah swt pada setiap situasi
  • Menunaikan Nazar
  • Menyebarkan Salam
  • Menahan anggota dari perkara haram
  • Beri’tikaf di bulan Ramadhan jika ada peluang
  • Menggunakan sugi/siwak
  • Sentiasa bersuci (berwudhuk) sedaya mungkin

3) Akhlak Yang Mantap (Matin-ul Khuluq)

  • Tidak takabbur
  • Mempunyai pendirian
  • Tidak menipu
  • Tidak mencaci
  • Tidak mengadu domba
  • Tidak mengumpat
  • Tidak berdusta
  • Tidak mengejek
  • Tidak memperlekehkan sesuatu kumpulan
  • Tidak berkawan dengan orang yang berkelakuan buruk
  • Mengasihi orang yang lebih muda
  • Menghormati orang yang lebih tua
  • Menunaikan janji
  • Menundukkan pandangan
  • Menjaga rahsia
  • Menutup dosa orang lain
  • Cemburu terhadap isteri
  • Mempunyai perasaan cemburu atas agamanya

4) Mampu Berdikari (Qadirun 'Ala-l Kasbi)

  • Menjauhi pekerjaaan yang haram
  • Menjauhi riba
  • Menjauhi judi
  • Menjauhi penipuan
  • Menunaikan zakat
  • Membuat simpanan walaupun sedikit
  • Tidak menangguh-nangguhkan tugasan yang diamanahkan
  • Memelihara harta awam
  • Memelihara harta peribadi

5) Berpengetahuan luas (Mutsaqqaf-ul Fikri)

  • Mampu membaca dan menulis dengan baik
  • Membaca tafsir 1 juzuk dari al-Quran
  • Memelihara hukum-hukum tilawah
  • Menghafaz setengah dari hadith 40
  • Menghafaz 20 hadith dari Riyadhusshalihin
  • Mengkaji marhalah Makkah dan menguasai ciri-cirinya yang penting
  • Mengenali sepuluh orang yang dijanjikan Syurga
  • Mengetahui hukum-hukum taharah/bersuci
  • Mengetahui hukum-hukum solat
  • Mengetahui hukum-hukum puasa
  • Membaca sesuatu di luar bidangnya. 4 jam seminggu
  • Memahirkan diri dengan wasilah-wasilah moden
  • Sentiasa peka akan serangan Zionis terhadap Islam
  • Mengetahui pertubuhan-pertubuhan yg menyeleweng
  • Mengetahui aspek keburukan dari perancang keluarga
  • Mendengar dengan baik
  • Mampu memberikan pandangan
  • Bersedia menerima tugas-tugas kolektif
  • Tidak menerima syubahat yang dilemparkan keatas kita

6) Tubuh Yang Cergas (Qawwiy-ul Jism) 

  • Bersih tubuh badan
  • Bersih pakaian
  • Tempat tinggal yang bersih
  • Beriltizam dgn sunnah (adab) makan dan minum
  • Tidak berjaga malam berlebihan
  • Iltizam dgn senaman 2 jam seminggu
  • Bangun sebelum terbit fajar/subuh
  • Mematuhi kaedah membaca dari aspek kesihatan
  • Meninggalkan tabiat merokok
  • Menjauhi tempat-tempat kotor
  • Menjauhi tempat-tempat berpenyakit

7) Menguasai Diri (Mujahadat-ul Li Nafsi)

  • Menjauhi perkara-perkara haram
  • Menjauhi tempat-tempat lalai yang diharamkan
  • Meninggalkan tempat-tempat maksiat

8)Teratur urusannya (Munazhzhamun Fi Syu'unihi)

  • Penampilan yang elok
  • Tidak mempunyai hubungan dengan pihak yang menentang Islam

9)Sangat Menghargai Masa (Harishun 'Ala Waqtihi)

  • Bangun awal
  • Memaksimakan penngunaan waktu seperti menggunakan masa tertentu untuk belajar

10)Bermanfaat Kepada Orang Lain (Nafi'un Li Ghairihi)

  • Menunaikan hak ibu bapa
  • Menyertai majlis-majlis keramaian yang bermaanfaat
  • Membantu orang-orang yang memerlukan
  • Membimbing orang yang sesat
  • Berkahwin dengan pasangan yang sesuai
 
**HURAIAN INI ADALAH SEKADAR CONTOH@CADANGAN PENULIS..WALLAHUALAM

Thursday 9 August 2012

|| BAITUL MUSLIM : Menyingkap Pembinaan Ummah ||



Firman Allah :
“Dan hendaklah di antara kamu ada segolongan orang yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh (berbuat) yang makruf, dan mencegah dari yang mungkar. Dan mereka itulah orang-orang yang beruntung.” (Ali-Imran:104)



Maratibul Amal yang dikaji dan disusun oleh syeikh Al Banna;
Individu Muslim-> Baitul Muslim->Masyarakat muslim ->Negara muslim->Khilafah


Besarnya cita-cita ini ibarat besarnya sebiji buah yang jatuh dari pokok, tidak mampu dipikul oleh seekor semut hitam kecil. Tapi ia perlukan ribuan semut bekerjasama, dengan semangat dan tekad yang sama, barulah buah tersebut dapat digerakkan, biarpun perlahan-lahan, tapi akan tetap bergerak, dari bawah pokok, kedalam sarang semut-semut tersebut.

Kepelbagaian Persepsi mengenai BM :
 1-Sekadar tuntutan nafsu
2-Sekadar melahirkan konsep menceritakan perihal cinta lelaki perempuan
3-Memenuhi tuntutan Sunnah Nabi dan etc.

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:
‘Nikah itu adalah sunnahku, maka barangsiapa yang benci kepada sunnahku, nescaya telah membenciku.’

Pada hakikatnya,ia sebenarnya adalah langkah dalam tingkatan “Maratib Amal”. Dalam kata lain,BM(baitul muslim) adalah suatu “projek” pembinaan Ummah.
Baitul Muslim vs Perkahwinan Biasa
Sama dari sudut beragama Islam,namun perbezaan dari segi Tuntutan Dakwah Islamiyah. Secara mudahnya adalah bertujuan mengembangkan syiar Islam 
  • Pernikahan ini dapat mencetus komitmen yang lebih tinggi kepada agama.
  • Pernikahan ini dapat memastikan kelangsungan tarbiyah untuk suami dan isteri.
  • Paling penting, daripada pernikahan ini lahirnya zuriat yang soleh dan solehah bagi meneruskan cita-cita perjuangan.
 "BM bukan sekadar percintaan dua insan"

 
Kepentingan BM

1-Baitul Muslim adalah kewajipan dan amanah

Dalam kata lain,BM adalah projek pembinaan Ummah.Ia adalah agenda perjuangan Islam, maka menjadi amanah dan tanggungjawab bagi kita untuk melaksanakannya dengan bersungguh-sungguh. Matlamat perjuangan adalah untuk menegakkan kalimah Allah di muka bumi ini khususnya di Malaysia. Pertemuan di antara dua orang ahli jamaah (muslimin dan muslimat) bukanlah atas dasar percintaan semata-mata walaupun ianya adalah fitrah kejadian makhluk. Dasar kita adalah Islam dan perlaksanaan BM ini adalah untuk kepentingan Islam dan jamaah.

2-Baitul Muslim suatu unit kerja dan markas jamaah

BM menghasilkan tenaga kerja dan kepakaran yang berkualiti sebagai penggerak jamaah iaitu suami isteri. Menyediakan pelapis pejuang yang berkualiti iaitu anak-anak. Infrastruktur rumah turut menjadi sebahagian aset kepada jamaah seperti menjadi bilik gerakan, rumah tumpangan ahli jamaah, stor dan lain-lain. Menjadi penyumbang dana kepada jamaah daripada sebahagian pendapatan. Menjadi role model agen tarbiyyah kepada ahli keluarga, jiran dan masyarakat setempat agar mereka menerima perjuangan kita.


3-Baitul Muslim menjadi medan tarbiyyah

Muslimin akan ditarbiyyah untuk menjadi peneraju kepimpinan. Muslimat ditarbiyyah menjadi sayap kiri. Rumahtangga,mereka insan yang bertanggungjawab mencetak dan membentuk keteguhan peribadi anak-anak yang akan mencorakkan hidup mereka. Mewujudkan suasana rumah sebagai markas mujahidin dan meluangkan masa untuk usrah keluarga.

Masalah /isu-isu pembinaan BM.

sekufu dan sefikrah.
“relevankah menikah dengan lelaki yang sama fikrah? Adakah benar orang-orang yang melaksanakan baitul muslim dengan cara sebegini (sesama ahli jemaah – brand yang sama) akhirnya betul-betul aktif dan hebat dalam perjuangan?”

***Perkahwinan menyebabkan perjuangan menjadi “ inactive”  
Antara kata-kata/perbualan:
“Isteri tidak aktif dalam jemaah kerana sikap suami? Pandangan yang merungkai persoalan mengapa muslimat tidak aktif dalam gerak kerja Islam. Benarkah ia berpunca dari sikap kaum lelaki?”

“Tapi ada juga yang dapat tidak sefikrah tapi berjaya kaderkan suami dia selepas mereka berkahwin, namun masih dalam kuantiti yang sangat kecil. Sebab apa sangatlah kuasa si isteri untuk merubah fikrah suaminya”

"Ramai yang bila kahwin, futur... Hanya suami yang aktif, isteri tidak lagi melibatkan diri. Blog juga berubah corak. Sebelum kahwin, terhias indah pelbagai tarbiyah dan fikrah. Selepas kahwin, gambar anak demi anak. Dari merangkak, telentang, langkah pertama semuanya di catat. Tiada lagi 'roh' perjuangan."

Hakikatnya tidaklah seindah yang disangka walaupun telah ‘selamat’ mendirikan rumah tangga bersama sang mujahid yang sefikrah. Ego sang suami selaku pemimpin rumah tangga tetap ada untuk ‘menyekat’ pergerakan si isteri. Rata-rata, kebanyakkan isteri ini ‘setia’ berada di rumah menguruskan suami dan anak-anak.




Saturday 16 June 2012

:: THIQAH ::


::.Sudahkah THIQAH membajai jiwa anda?.::
Seorang jundi itu harus yakin dan tenang dengan kebolehan, keikhlasan PEMIMPINnya dengan keyakinan yang mendalam.
PESAN As syahid Hasan Al Bana rahimahullah:

Tatkala seorang Al Akh bertanya kepada Hasan Al Bana:
‘siapakah yang layak menggantikan mu seandainya sesuatu terjadi pada dirimu?’.

Jawab Hasan Al Banna,:
 Angkatlah menjadi pemimpin orang yang paling lemah di antara kalian. Kemudian dengarlah dan taatilah dia. Dengan (bantuan) kalian, ia akan menjadi orang yang paling kuat di antara kalian.’.
(rujukan Muhammad Abdullah Al-Khatib, Nadharat fi Risalatil Ta’lim)
Bukanlah menjadi syarat bahawa pemimpin yang berhak mendapat THIQAH adalah pemimpin yang
 -->fully perfect,
-->seseorang berkebolehan tinggi,
-->dalam masa yang sama juga dialah yang paling kuat,
-->dalam masa yang sama juga dialah paling bertakwa,
-->paling mengerti, dan paling fasih dalam berbicara. 
Wah, syarat seperti ini sangat sulit dipenuhi, bahkan hampir tidak terpenuhi sejak wafatny Rasulullah saw.
---->Maka BANTULAH PEMIMPIN itu untuk memikul amanah kepemimpinan yang berat ini. Jikalau ada KEKURANGAN yang '"pincang",BANTULAH bukan MEMBIARKAN dan terus MENGABAIKAN..
Sudahkan THIQAH membajai jiwa anda?

<<antara PIMPINAN dan yang DIPIMPIN menjadi penentu bagi sejauh mana KEKUATAN JAMAAH>>

Friday 15 June 2012

IKRAR PENGAMAL PERUBATAN MUSLIM


                                                    ۩۞۩ بسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم ۩۞۩

Saya bersumpah demi Allah Yang Maha Agung;


ܓ Untuk menyedari tentang pengawasan Allah dalam melaksanakan tugas saya;

ܓ Untuk melindungi nyawa manusia di semua peringkat dan dalam semua keadaan,berusaha sedaya upaya untuk menyelamatkan mereka daripada maut,penyakit,kesakitan dan kebimbangan;

ܓ Untuk menjaga kehormatan manusia.melindungi aurat mereka dan menyimpan rahsia mereka;

ܓ Untuk menjadi wasilah kerahmatan Allah s.w.t,menghulurkan rawatan perubatan kepada mereka yang dekat dan jauh,yang salih dan yang berdosa seta kepada kawan dan lawan;

ܓ Untuk berusaha mencari ilmu dan menggunakannya bagi kemanfaatan dan bukan kebinasaan manusia;

ܓ Untuk memuliakan guru saya,mengajar mereka yang lebih muda daripada saya dan menjadi saudara kepada semua rakan dalam profesion perubatan,bekerjasama dalam kebaikan dan ketaqwaan;

ܓ Untuk menghidupkan keimanan saya dalam keadaan rahsia dan keadaan nyata,mengelakkan apa-apa yang boleh mencacatkan saya pada pandangan Allah,Rasul-Nya dan orang yang beriman;


Dan semoga Allah menjadi saksi atas sumpah ini.